Ahad, 27 Mac 2016
Isnin, 14 Mac 2016
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PROSES KEJADIAN MANUSIA
PERINGKAT SATU
A-
Sperma B-Sperma menembusi ovum
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula
selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya
percampuran air mani
Maksud
firman Allah dalam surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal
perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam
sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj
berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut
maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia
daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah
menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta
menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf,
tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan
daging.
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH
: Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh
. Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman
Allah yang bermaksud
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan
alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan
mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh
darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
sesuatu
yang bergantung atau melekat pacat atau lintah
suatu
buku atau ketulan darah
Peringkat
alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH
: Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan
surah al-Mukminun ayat 14
Firman
Allah yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan
otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem
pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini
mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu
bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM
DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman
Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam
da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian
pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini
perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.
Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna
dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa
perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah
masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk
dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun
perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya
hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
KEJADIAN HAWA
Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki ?

Pandangan pertama :
Syeikh
Tantawi RA telah menukilkan di dalam Tafsir al Wasit (1/837), bahawa
Jumhur Ulama berpandangan bahawa Hawa dicipta daripada Nabi Adam AS,
iaitu daripada tulang rusuknya. Ketika itu Nabi Adam AS sedang tidur,
setelah berjaga, beliau ternampak Hawa dan rasa suka kepadanya, kerana
Hawa diciptakan daripada tubuhnya sendiri.
Pandangan ini berhujahkan dengan Hadis Nabi SAW
إن المرأة خلقت من ضلع أعوج فإن ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها وفيها عوج استمتعت بها
Pandangan Kedua :
Abu
Muslim al Asfahani berpandangan bahawa Hawa bukanlah diciptakan
daripada Nabi Adam AS, tetapi diciptakan “daripada jenis yang sama”,
iaitu manusia. Perkara yang sama juga telah dijelaskan di dalam
ayat-ayat yang lain di dalam al Quran :
والله جَعَلَ لَكُمْ مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً
إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْ أَنْفُسِهِمْ
asal usul kejadian hawa
Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia
akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah
sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat
Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya,
hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia
tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan
terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah
sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya
dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk
bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh
kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi
dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi
dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang
kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan
perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang
saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang
penurut.
Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya
bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang
diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.
Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia
menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana
itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan
tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika
seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta,
maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan
yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia
memang diciptakan seperti itu.
i) mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
ii) tidak mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (an Nisa 1)
sabda rasulullah
:Sesungguhnya
perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya
kamu akan mematahkannya. (Hadits riwayat Muslim no: 1468.)
sabda rasulullah
:Barangsiapa
yang beriman dengan Allah dan hari Akhir, maka janganlah menyakiti
tetangganya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya
karena sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas,
jika kamu berusaha untuk membetulkannya niscaya kamu akan mematahkannya,
jika kamu terus biarkan begitu saja ia akan terus bengkok. Oleh karena
itu terimalah pesan agar supaya menjaga wanita-2 dengan baik.(HR
Bukhari)
bahawa hawa itu dijadikan dari nabi adam.
agar kaum lelaki menjaga kaum wanita yang lembut (tulang rusuk bengkok yang mudah patah)
agar memelihara silaturrahim
agar memelihara hubungan bersama jiran
agar bertaqwa kepada Allah
berhati-hati dengan iktikad.. sesungguhnya tidaklah mustahil Allah itu berkuasa untuk mencipta hawa dari tulang rusuk adam ataupun dari mana-mana bahagian nabi adam sekalipun. sepertimana Allah menjadikan nabi Isa.juga sepertimana sekalian manusia dibangkitkan dari tulang sulbi masing-masing pada hari pembalasan nanti.
manusia dijadikan dari 1 lelaki dan 1 perempuan (kita semua)
manusia dijadikan dari 1 perempuan - nabi isa
manusia dijadikan dari 1 lelaki - hawa
manusia dijadikan tanpa lelaki dan perempuan - nabi adam
ambillah pengajaran dari kejadian-kejadian ini..bahawa ianya bukti kekuasaan Allah swt. tiadalah beroleh keuntungan jika sekadar ingin membuktikan asal-usul kejadian yang tidak diterangkan dengan jelas dalam al Quran.
ii) tidak mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (an Nisa 1)
sabda rasulullah

sabda rasulullah

bahawa hawa itu dijadikan dari nabi adam.
agar kaum lelaki menjaga kaum wanita yang lembut (tulang rusuk bengkok yang mudah patah)
agar memelihara silaturrahim
agar memelihara hubungan bersama jiran
agar bertaqwa kepada Allah
berhati-hati dengan iktikad.. sesungguhnya tidaklah mustahil Allah itu berkuasa untuk mencipta hawa dari tulang rusuk adam ataupun dari mana-mana bahagian nabi adam sekalipun. sepertimana Allah menjadikan nabi Isa.juga sepertimana sekalian manusia dibangkitkan dari tulang sulbi masing-masing pada hari pembalasan nanti.
manusia dijadikan dari 1 lelaki dan 1 perempuan (kita semua)
manusia dijadikan dari 1 perempuan - nabi isa
manusia dijadikan dari 1 lelaki - hawa
manusia dijadikan tanpa lelaki dan perempuan - nabi adam
ambillah pengajaran dari kejadian-kejadian ini..bahawa ianya bukti kekuasaan Allah swt. tiadalah beroleh keuntungan jika sekadar ingin membuktikan asal-usul kejadian yang tidak diterangkan dengan jelas dalam al Quran.
KESIMPULAN
kesimpulannya,kita janganlah menyakiti kaum hawa kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk iaitu tulang rusuk yang paling bengkok dan yang paling atas,
jika kamu berusaha untuk membetulkannya niscaya kamu akan mematahkannya,
jika kamu terus biarkan begitu saja ia akan terus bengkok. Oleh karena
itu terimalah pesan agar supaya menjaga wanita-2 dengan baik.
KEJADIAN AWAN

Awan

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di
langit.
Pembentukan
awan
- Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini mewap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan.
- Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:
- Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air
- Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Awan
di Gunung Kinabalu
Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas,
titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan
itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih
berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada
awan yang tidak membawa hujan.
Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa
juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan
awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di
dalam awan menyokongnya.
Ketika kajian sains menemukan kitaran hujan yang berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut yang tersejat ke langit akibat panas matahari lalu berlakulah kondensasi yang membentuk awan-awanan, pada peringkat awalnya kelihatan Al-Quran tumpas di tangan penemuan sains tetapi akhirnya seperti biasa sains kembali akur dengan ‘pendirian’ Al-Quran dengan ‘kesederhanaan’nya yang terlihat melalui konteks-konteks ayat dan kadar-kadar pengemukaannya.
Tidak menafikan wujudnya kitaran-kitaran ataupun peringkat-peringkat kejadian alam yang didiamkan oleh Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah wahyu pedoman buat manusia yang bergelar mukmin dan bukanlah kitab yang peranan utamanya ialah menyebut-tentukan peringkat-peringkat kejadian alam semata.
Al-Quran menjelaskan kitaran ini, ia hanya ‘memulakannya’ dari awan-awan yang terkumpul di langit. Persoalan dari mana datangnya awan-awan ini didiamkan oleh Al-Quran. Berkemungkinan isyarat halus buat para mukmin, “Cukuplah kitaran hujan setakat ini buat kamu mengakui kekuasaan Allah SWT seterusnya mentauhidkan-Nya,”. Diamnya Al-Quran dalam persoalan ini bukanlah menafikan wujudnya baki-baki kitaran hujan sebelumnya apalagi untuk dikatakan Al-Quran tidak mempunyai pengetahuan tentang itu. Mahasuci Allah daripada bersifat dengan demikian! Adakah mesti Al-Quran menjelaskan semua kejadian-kejadian alam? Jika ia dipenuhi dengan fakta-fakta sains, Al-Quran hanya tinggal menjadi ensiklopedia sains. Ini menyimpang dari tujuan asal ia diturunkan sebagai pedoman sejagat buat para mukmin.
Mari kita kaji sebuah buku berjudul: Meteorology Today. Di sana diterangkan bahwa sebuah awan akan menjadi bermuatan listrik ketika bongkahan es jatuh melalui daerah di dalam awan yang berisi kristal es dan tetes air super-dingin. Ketika tetes-tetes air ini bertumbukan dengan bongkahan es, mereka langsung membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkahan es lebih hangat dari kristal-kristal es di sekelilingnya. Ketika bongkahan es bertumbukan dengan kristal es, sebuah peristiwa penting terjadi: elektron mengalir dari benda yang lebih dingin ke benda yang lebih hangat. Karenanya, kini bongkahan es menjadi bermuatan negatif. Hal serupa juga terjadi saat tetesan air super-dingin bertumbukan dengan bongkahan es dan melontarkan butiran-butiran halus es bermuatan positif. Partikel-partikel yang lebih ringan dan bermuatan positif ini kemudian terangkat ke bagian atas dari awan. Sementara itu, bongkahan es yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bagian bawah awan. Karena itulah kini terjadi perbedaan muatan listrik antara bagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.
Demikianlah, Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moderen. Sebuah keajaiban ilmiah yang tidak mungkin diketahui rinciannya oleh orang-orang di jaman diturunkannya Al Qur'an.
Allahu Akbar!
KESIMPULAN
KAITAN DALIL DAN SAINTIFIKNYA
Ketika kajian sains menemukan kitaran hujan yang berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut yang tersejat ke langit akibat panas matahari lalu berlakulah kondensasi yang membentuk awan-awanan, pada peringkat awalnya kelihatan Al-Quran tumpas di tangan penemuan sains tetapi akhirnya seperti biasa sains kembali akur dengan ‘pendirian’ Al-Quran dengan ‘kesederhanaan’nya yang terlihat melalui konteks-konteks ayat dan kadar-kadar pengemukaannya.
Tidak menafikan wujudnya kitaran-kitaran ataupun peringkat-peringkat kejadian alam yang didiamkan oleh Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah wahyu pedoman buat manusia yang bergelar mukmin dan bukanlah kitab yang peranan utamanya ialah menyebut-tentukan peringkat-peringkat kejadian alam semata.
Al-Quran menjelaskan kitaran ini, ia hanya ‘memulakannya’ dari awan-awan yang terkumpul di langit. Persoalan dari mana datangnya awan-awan ini didiamkan oleh Al-Quran. Berkemungkinan isyarat halus buat para mukmin, “Cukuplah kitaran hujan setakat ini buat kamu mengakui kekuasaan Allah SWT seterusnya mentauhidkan-Nya,”. Diamnya Al-Quran dalam persoalan ini bukanlah menafikan wujudnya baki-baki kitaran hujan sebelumnya apalagi untuk dikatakan Al-Quran tidak mempunyai pengetahuan tentang itu. Mahasuci Allah daripada bersifat dengan demikian! Adakah mesti Al-Quran menjelaskan semua kejadian-kejadian alam? Jika ia dipenuhi dengan fakta-fakta sains, Al-Quran hanya tinggal menjadi ensiklopedia sains. Ini menyimpang dari tujuan asal ia diturunkan sebagai pedoman sejagat buat para mukmin.
Proses terjadinya Kilat
Ayat di atas juga menghubungkan awan, es dan terjadinya petir atau kilat. Apakah es merupakan faktor penentu pembentukan kilat?Mari kita kaji sebuah buku berjudul: Meteorology Today. Di sana diterangkan bahwa sebuah awan akan menjadi bermuatan listrik ketika bongkahan es jatuh melalui daerah di dalam awan yang berisi kristal es dan tetes air super-dingin. Ketika tetes-tetes air ini bertumbukan dengan bongkahan es, mereka langsung membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkahan es lebih hangat dari kristal-kristal es di sekelilingnya. Ketika bongkahan es bertumbukan dengan kristal es, sebuah peristiwa penting terjadi: elektron mengalir dari benda yang lebih dingin ke benda yang lebih hangat. Karenanya, kini bongkahan es menjadi bermuatan negatif. Hal serupa juga terjadi saat tetesan air super-dingin bertumbukan dengan bongkahan es dan melontarkan butiran-butiran halus es bermuatan positif. Partikel-partikel yang lebih ringan dan bermuatan positif ini kemudian terangkat ke bagian atas dari awan. Sementara itu, bongkahan es yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bagian bawah awan. Karena itulah kini terjadi perbedaan muatan listrik antara bagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.
Demikianlah, Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moderen. Sebuah keajaiban ilmiah yang tidak mungkin diketahui rinciannya oleh orang-orang di jaman diturunkannya Al Qur'an.
Allahu Akbar!
KESIMPULAN
Kesimpulan nya disini itu bukanlah memaksa para mukmin untuk
menghentikan kajian sains tentang kitaran hujan setakat peringkat
kejadian awan sahaja. Realitinya, sebahagian mufassirin ada
membincangkannya. Imam Ibnu Katsir melalui tafsirnya tidak pun menolak
terbentuknya awan-awan di langit hasil dari wap-wap air dari laut.
Begitu juga Sidi Abdul Qadir Al-Jailani melalui tafsir sufinya secara
tidak langsung. Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili pula jelas-jelas mengatakan
sumber hujan ini datangnya melalui wap-wap air laut yang tersejat
dengan memesrakan penemuan sains ini dengan apa yang diutarakan oleh
Al-Quran.
Oleh itu, pentingnya berlaku adil dan waras dalam berfikir. Lebih-lebih
lagi jika perkara-perkara yang berkaitan dengan kejadian-kejadian alam
yang memerlukan analisa yang halus sebelum membuat sesuatu keputusan.
Tidak cukup hanya memetik sepotong dua nas-nas dari mana-mana sumber,
ditambah lagi dengan tafsiran yang semberono dan tergesa-gesa tanpa
mengambilkira mujmal-mufassalnya, am-muqayyadnya serta
mubham-mufassarnya. Lebih buruk, jika disilap tafsirkan kemudian
menyalahkan pula penemuan-penemuan yang sudah sekian lama diterima umum.
KEJADIAN MATAHARI
MATAHARI????
Matahari adalah
sebuah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8-10bilion tahun selepas
berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Proses nuklear yang
berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini
diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis
kehidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses
fotosintesis.
Walaubagaimanapun
matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang fisikawan Jerman, Hermann von
Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan matahari yang ternyata
diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz
benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari
hanya akan bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak
matahari mengalami penyusutan.
Untuk kurun waktu
itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya
digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat
ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun.
Selepas itu ia akan terkubur. Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir ayat 1,
الشَّمْسُ كُوِّرَتْ إِذَا
Maksudnya: "Dan
matahari semasa ia digulungkan."
Perkataan penting di
sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah bin Abbas mentafsirkannya
sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau 'menghilang' manakala Imam
Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku
hari kiamat alam ini seolah-olah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa
berada di penghujung hayatnya akan kehilanagn cahayanya.
Langgan:
Catatan (Atom)