Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki ?

Pandangan pertama :
Syeikh
Tantawi RA telah menukilkan di dalam Tafsir al Wasit (1/837), bahawa
Jumhur Ulama berpandangan bahawa Hawa dicipta daripada Nabi Adam AS,
iaitu daripada tulang rusuknya. Ketika itu Nabi Adam AS sedang tidur,
setelah berjaga, beliau ternampak Hawa dan rasa suka kepadanya, kerana
Hawa diciptakan daripada tubuhnya sendiri.
Pandangan ini berhujahkan dengan Hadis Nabi SAW
إن المرأة خلقت من ضلع أعوج فإن ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها وفيها عوج استمتعت بها
Pandangan Kedua :
Abu
Muslim al Asfahani berpandangan bahawa Hawa bukanlah diciptakan
daripada Nabi Adam AS, tetapi diciptakan “daripada jenis yang sama”,
iaitu manusia. Perkara yang sama juga telah dijelaskan di dalam
ayat-ayat yang lain di dalam al Quran :
والله جَعَلَ لَكُمْ مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً
إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْ أَنْفُسِهِمْ
asal usul kejadian hawa
Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia
akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah
sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat
Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya,
hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia
tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan
terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah
sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya
dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk
bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh
kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi
dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi
dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang
kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan
perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang
saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang
penurut.
Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya
bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang
diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.
Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia
menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana
itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan
tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika
seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta,
maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan
yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia
memang diciptakan seperti itu.
i) mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
ii) tidak mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (an Nisa 1)
sabda rasulullah
:Sesungguhnya
perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya
kamu akan mematahkannya. (Hadits riwayat Muslim no: 1468.)
sabda rasulullah
:Barangsiapa
yang beriman dengan Allah dan hari Akhir, maka janganlah menyakiti
tetangganya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya
karena sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas,
jika kamu berusaha untuk membetulkannya niscaya kamu akan mematahkannya,
jika kamu terus biarkan begitu saja ia akan terus bengkok. Oleh karena
itu terimalah pesan agar supaya menjaga wanita-2 dengan baik.(HR
Bukhari)
bahawa hawa itu dijadikan dari nabi adam.
agar kaum lelaki menjaga kaum wanita yang lembut (tulang rusuk bengkok yang mudah patah)
agar memelihara silaturrahim
agar memelihara hubungan bersama jiran
agar bertaqwa kepada Allah
berhati-hati dengan iktikad.. sesungguhnya tidaklah mustahil Allah itu berkuasa untuk mencipta hawa dari tulang rusuk adam ataupun dari mana-mana bahagian nabi adam sekalipun. sepertimana Allah menjadikan nabi Isa.juga sepertimana sekalian manusia dibangkitkan dari tulang sulbi masing-masing pada hari pembalasan nanti.
manusia dijadikan dari 1 lelaki dan 1 perempuan (kita semua)
manusia dijadikan dari 1 perempuan - nabi isa
manusia dijadikan dari 1 lelaki - hawa
manusia dijadikan tanpa lelaki dan perempuan - nabi adam
ambillah pengajaran dari kejadian-kejadian ini..bahawa ianya bukti kekuasaan Allah swt. tiadalah beroleh keuntungan jika sekadar ingin membuktikan asal-usul kejadian yang tidak diterangkan dengan jelas dalam al Quran.
ii) tidak mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (an Nisa 1)
sabda rasulullah

sabda rasulullah

bahawa hawa itu dijadikan dari nabi adam.
agar kaum lelaki menjaga kaum wanita yang lembut (tulang rusuk bengkok yang mudah patah)
agar memelihara silaturrahim
agar memelihara hubungan bersama jiran
agar bertaqwa kepada Allah
berhati-hati dengan iktikad.. sesungguhnya tidaklah mustahil Allah itu berkuasa untuk mencipta hawa dari tulang rusuk adam ataupun dari mana-mana bahagian nabi adam sekalipun. sepertimana Allah menjadikan nabi Isa.juga sepertimana sekalian manusia dibangkitkan dari tulang sulbi masing-masing pada hari pembalasan nanti.
manusia dijadikan dari 1 lelaki dan 1 perempuan (kita semua)
manusia dijadikan dari 1 perempuan - nabi isa
manusia dijadikan dari 1 lelaki - hawa
manusia dijadikan tanpa lelaki dan perempuan - nabi adam
ambillah pengajaran dari kejadian-kejadian ini..bahawa ianya bukti kekuasaan Allah swt. tiadalah beroleh keuntungan jika sekadar ingin membuktikan asal-usul kejadian yang tidak diterangkan dengan jelas dalam al Quran.
KESIMPULAN
kesimpulannya,kita janganlah menyakiti kaum hawa kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk iaitu tulang rusuk yang paling bengkok dan yang paling atas,
jika kamu berusaha untuk membetulkannya niscaya kamu akan mematahkannya,
jika kamu terus biarkan begitu saja ia akan terus bengkok. Oleh karena
itu terimalah pesan agar supaya menjaga wanita-2 dengan baik.
KLIP VIDEO KEJADIAN KAUM HAWA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan