PROSES KEJADIAN MANUSIA
PERINGKAT SATU
A-
Sperma B-Sperma menembusi ovum
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula
selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya
percampuran air mani
Maksud
firman Allah dalam surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal
perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam
sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj
berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut
maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia
daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah
menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta
menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf,
tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan
daging.
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH
: Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh
. Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman
Allah yang bermaksud
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan
alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan
mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh
darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
sesuatu
yang bergantung atau melekat pacat atau lintah
suatu
buku atau ketulan darah
Peringkat
alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH
: Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan
surah al-Mukminun ayat 14
Firman
Allah yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan
otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem
pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini
mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu
bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM
DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman
Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam
da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian
pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini
perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.
Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna
dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa
perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah
masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk
dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun
perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya
hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH
: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat
mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan
mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti
roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian
insan disisi Allah s.w.t
TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
KESIMPULAN
Pengertian manusia menurut pandangan Islam, manusia itu makhluk yang mulia dan terhormat di sisi-Nya, yang diciptakan Allah dalam bentuk yang amat baik. Manusia diberi akal dan hati, sehingga dapat memahami ilmu yang diturunkan Allah, berupa al-Quran menurut sunah rasul. Dengan ilmu manusia mampu berbudaya.
" Allah menciptakan manusia dalam keadaan sebaik-baiknya (at-Tiin : 95:4)."
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
- Tanah Bukit Tursina
- Tanah Iraq
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah Babylon
- Tanah India
- Tanah syurga
- Tanah Tha’if
KESIMPULAN
Pengertian manusia menurut pandangan Islam, manusia itu makhluk yang mulia dan terhormat di sisi-Nya, yang diciptakan Allah dalam bentuk yang amat baik. Manusia diberi akal dan hati, sehingga dapat memahami ilmu yang diturunkan Allah, berupa al-Quran menurut sunah rasul. Dengan ilmu manusia mampu berbudaya.
" Allah menciptakan manusia dalam keadaan sebaik-baiknya (at-Tiin : 95:4)."
- Proses kejadian manusia berdasarkan Al-Qur’an dan As Sunnah terjadi dalam dua tahap. Pertama, tahapan primordial, yakni proses penciptaan nabi Adam a.s sebagai manusia pertama. Kedua, tahapan biologi, yakni manusia diciptakan dari inti sari tanah yang dijadikan air mani (nuthfah) yang tersimpan dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian nuthfah itu dijadikan darah beku (‘alaqah) yang menggantung dalam rahim. Darah beku tersebut kemudian dijadikan-Nya segumpal daging (mudghah) dan kemudian dibalut dengan tulang belulang lalu kepadanya ditiupkan ruh.
- Allah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang lebih tinggi derajatnya dari manusia. Selayaknya ilmu perakitan komputer, maka Allah telah merakit manusia dengan sistem hardware dan software, lengkap, berkualitas tinggi dan multifungsi. Kesemua perangkat ini bekerja secara sinergis dan dinamis agar manusia bisa menjalankan fungsinya sebagai khalifah Allah di bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan