Isnin, 14 Mac 2016

KEJADIAN AWAN





                     




Awan


 


Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di 
 langit.







Pembentukan awan


  •  Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini mewap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. 

  • Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:


  1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air                                                                                                                                                                                               
  2. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.




 

Awan di Gunung Kinabalu


Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.



Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

















KAITAN DALIL DAN SAINTIFIKNYA


      Ketika kajian sains menemukan kitaran hujan yang berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut yang tersejat ke langit akibat panas matahari lalu berlakulah kondensasi yang membentuk awan-awanan, pada peringkat awalnya kelihatan Al-Quran tumpas di tangan penemuan sains tetapi akhirnya seperti biasa sains kembali akur dengan ‘pendirian’ Al-Quran dengan ‘kesederhanaan’nya yang terlihat melalui konteks-konteks ayat dan kadar-kadar pengemukaannya.

      Tidak menafikan wujudnya kitaran-kitaran ataupun peringkat-peringkat kejadian alam yang didiamkan oleh Al-Quran. Ini kerana Al-Quran ialah wahyu pedoman buat manusia yang bergelar mukmin dan bukanlah kitab yang peranan utamanya ialah menyebut-tentukan peringkat-peringkat kejadian alam semata. 

      Al-Quran menjelaskan kitaran ini, ia hanya ‘memulakannya’ dari awan-awan yang terkumpul di langit. Persoalan dari mana datangnya awan-awan ini didiamkan oleh Al-Quran. Berkemungkinan isyarat halus buat para mukmin, “Cukuplah kitaran hujan setakat ini buat kamu mengakui kekuasaan Allah SWT seterusnya mentauhidkan-Nya,”. Diamnya Al-Quran dalam persoalan ini bukanlah menafikan wujudnya baki-baki kitaran hujan sebelumnya apalagi untuk dikatakan Al-Quran tidak mempunyai pengetahuan tentang itu. Mahasuci Allah daripada bersifat dengan demikian! Adakah mesti Al-Quran menjelaskan semua kejadian-kejadian alam? Jika ia dipenuhi dengan fakta-fakta sains, Al-Quran hanya tinggal menjadi ensiklopedia sains. Ini menyimpang dari tujuan asal ia diturunkan sebagai pedoman sejagat buat para mukmin.

 





Proses terjadinya Kilat

Ayat di atas juga menghubungkan awan, es dan terjadinya petir atau kilat. Apakah es merupakan faktor penentu pembentukan kilat?
Mari kita kaji sebuah buku berjudul: Meteorology Today. Di sana diterangkan bahwa sebuah awan akan menjadi bermuatan listrik ketika bongkahan es jatuh melalui daerah di dalam awan yang berisi kristal es dan tetes air super-dingin. Ketika tetes-tetes air ini bertumbukan dengan bongkahan es, mereka langsung membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkahan es lebih hangat dari kristal-kristal es di sekelilingnya. Ketika bongkahan es bertumbukan dengan kristal es, sebuah peristiwa penting terjadi: elektron mengalir dari benda yang lebih dingin ke benda yang lebih hangat. Karenanya, kini bongkahan es menjadi bermuatan negatif. Hal serupa juga terjadi saat tetesan air super-dingin bertumbukan dengan bongkahan es dan melontarkan butiran-butiran halus es bermuatan positif. Partikel-partikel yang lebih ringan dan bermuatan positif ini kemudian terangkat ke bagian atas dari awan. Sementara itu, bongkahan es yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bagian bawah awan. Karena itulah kini terjadi perbedaan muatan listrik antara bagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.
Demikianlah, Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moderen. Sebuah keajaiban ilmiah yang tidak mungkin diketahui rinciannya oleh orang-orang di jaman diturunkannya Al Qur'an.
Allahu Akbar!








KESIMPULAN



           Kesimpulan nya disini itu bukanlah memaksa para mukmin untuk menghentikan kajian sains tentang kitaran hujan setakat peringkat kejadian awan sahaja. Realitinya, sebahagian mufassirin ada membincangkannya. Imam Ibnu Katsir melalui tafsirnya tidak pun menolak terbentuknya awan-awan di langit hasil dari wap-wap air dari laut. Begitu juga Sidi Abdul Qadir Al-Jailani melalui tafsir sufinya secara tidak langsung. Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili pula jelas-jelas mengatakan sumber hujan ini datangnya melalui wap-wap air laut yang tersejat dengan memesrakan penemuan sains ini dengan apa yang diutarakan oleh Al-Quran.
    
                  Oleh itu, pentingnya berlaku adil dan waras dalam berfikir. Lebih-lebih lagi jika perkara-perkara yang berkaitan dengan kejadian-kejadian alam yang memerlukan analisa yang halus sebelum membuat sesuatu keputusan. Tidak cukup hanya memetik sepotong dua nas-nas dari mana-mana sumber, ditambah lagi dengan tafsiran yang semberono dan tergesa-gesa tanpa mengambilkira mujmal-mufassalnya, am-muqayyadnya serta mubham-mufassarnya. Lebih buruk, jika disilap tafsirkan kemudian menyalahkan pula penemuan-penemuan yang sudah sekian lama diterima umum.










KEJADIAN ANEH DI LANGIT 





KLIP VIDEO KEJADIAN AWAN 


1 ulasan:

  1. Oakley Titanium Sunglasses - Tiagirt - Titanium-ART
    Sunglasses at Tiagirt.com. The Oakley Titanium Sunglasses titanium frame glasses for men. titanium necklace Wear titanium jewelry and wear a t-shirt that citizen promaster titanium says titanium rod in femur complications Sunglasses, Clothing and Shoes.

    BalasPadam